Monday, 9 July 2012

Info Dunia

 

 

Barack Obama Menang, Kekal Presiden AS

 

NEW YORK – Presiden Barack Obama berjaya mempertahankan jawatannya buat penggal kedua dengan memperoleh 281 undi pemilih – lebih 11 undi minimum yang diperlukan.
Obama yang dilihat ketinggalan di awal proses pengiraan undi, yang bermula sekitar jam 7 pagi tadi waktu Malaysia, melepasi garisan minimum 270 undi yang diperlukan kira-kira 12.20 tengah hari. Kedudukan itu meningkat kepada 281 kira-kira 20 minit kemudian dan dijangka mencecah paras 300 kerana ada negeri yang belum diketuai keputusan rasmi.
Pemilihan ini dilihat sebagai paling sengit dalam sejarah AS walaupun Obama menang dengan selesa empat tahun lalu dan muncul sebagai pemimpin kulit hitam pertama memenangi jawatan presiden pada 2008. Selain isu panas dan tiga debat nasional yang sengit, kedua-dua calon – Obama dan Mitt Romney, juga dilaporkan membelanjakan hampir RM6 bilion kali ini.
Di peringkat awal pengiraan undi, Romney yang mula dengan ‘bergaya’ dan mendahului Obama beberapa kali sepanjang lima jam yang lalu, memperoleh 203 undi pemilih.

UNDI PEMILIH:
Barack Obama: 281
Mitt Romney: 203

UNDI POPULAR: (Undi membabitkan 47 daripada 51 negeri/wilayah)
Barack Obama: 46,088,635 (49.2%)
Mitt Romney: 46,299,165 (49.4%)
Lain: 1,367,862 (1.5)

Laporan CNN menyebut Obama memenangi pemilihan kali ini, yang menyaksikan AS jelas berpecah dua, dengan gelombang sokongan kumpulan minoriti, wanita dan golongan moderat untuk kekal di White House buat penggal kedua.
Malah laporan CNN juga menyebut Obama mengatasi Romney dengan menyapu kejayaan di Ohio. Kejayaan di negeri itu memberikannya undi pemilih 271 berbanding 201 bagi Romney.
Sebaik sahaja Obama memperoleh sejumlah undi pemilih itu, penyokong presiden ‘tenggelam’ dalam arus kegembiraan di ibu pejabat parti Demokrat di Chicago, negeri kelahiran pemimpin itu.
Obama juga menang di Pennsylvania, Wisconsin dan Iowa – yang memberi tekanan ke atas Romney.
Bagaimanapun dari segi undi popular, Romney masih di depan. Beliau menguasai 49.4 peratus berbanding Obama 49.2 peratus.
Obama mengumpulkan 46,088,635 undi manakala Romney 46,299,165 undi. Calon bebas memperoleh 1,367,862 undi.
Keputusan empat negeri masih belum habis dikira. Ini termasuklah Florida yang menyediakan 29 undi pemilih.

Sumber : SinarHarian

 

Taufan Sandy mengganas di AS




NEW YORK 30 Okt. - Sekurang-kurangnya 17 orang dilaporkan terbunuh di tujuh buah negeri apabila Taufan Sandy mengganas, membadai kawasan persisiran pantai timur Amerika Syarikat (AS), awal hari ini menyebabkan lebih sejuta penduduk di beberapa negeri terpaksa dipindahkan.
Antara negeri yang mencatat kematian termasuklah New York, New Jersey, Maryland, Pennsylvania, West Virginia dan North Carolina apabila taufan itu melanda AS sejak pukul 8 malam tadi (8 pagi waktu Malaysia hari ini, menjejaskan lebih 50 juta penduduk di wilayah itu.
Kira-kira sejuta penduduk yang terjejas teruk turut dipindahkan.
Taufan gergasi itu membawa kelajuan angin 130 kilometer sejam, melanda kawasan persisiran pantai sejauh beratus-ratus kilometer dengan beberapa negeri dilanda hujan lebat dan bandar-bandar utama lumpuh dengan bandar raya New York paling teruk terjejas.
Presiden Barack Obama mengisytiharkan dekri kecemasan di New York dan New Jersey, selepas taufan tersebut mengakibatkan kira-kira 13,500 penerbangan di seluruh negara dibatalkan semalam dan hari ini.
Bandar raya New York lumpuh apabila sistem pengangkutan kereta api bawah tanah terjejas teruk, terburuk dalam tempoh 108 tahun, sementara kira-kira tujuh juta penduduk di seluruh negara turut mengalami masalah terputus bekalan elektrik.
Satu kebakaran besar di kawasan penempatan di New York City yang banjir, menyebabkan 50 buah rumah musnah, namun hanya dua orang mengalami kecederaan ringan.
Suasana di sekitar pusat bandar Manhattan turut panik apabila banjir setinggi 3.9 meter menenggelamkan terowong-terowong dan stesen kereta api bawah tanah, selain menyebabkan pelancong serta pesakit-pesakit di hospital terpaksa mencari tempat berlindung.
Dalam perkembangan berkaitan taufan gergasi itu, dua buah loji kuasa nuklear masing-masing di New Jersey dan New York ditutup awal hari ini, namun operator loji menyatakan, ia tidak mendatangkan risiko terhadap keselamatan awam.
Pusat Taufan Kebangsaan menyatakan, Sandy yang berubah lemah kini bergerak ke kawasan pedalaman, namun masih mampu menghasilkan angin kencang serta banjir di sepanjang pantai timur.
Sejak membadai Caribbean beberapa hari lalu, taufan tersebut telah mengorbankan sekurang-kurangnya 67 nyawa.
Firma pengurusan bencana, Eqecat meramalkan, Sandy boleh menjejaskan kira-kira satu perlima atau 60 juta penduduk AS dan mengakibatkan kerugian berjumlah AS$20 bilion (RM60 bilion). - AGENSI


17 cedera disambar kilat di Kanada

OTTAWA: Seramai 17 orang awam cedera selepas kilat menyambar sebatang tiang khemah pada festival makanan di bandar Whitby, di sini, kira-kira 60 kilometer di timur Kanada, kata pegawai tempatan.

"Salah satu tiang khemah disambar kilat,” kata penganjur Whitby Ribfest, Colin O'Regan kepada media, sambil menambah mangsa yang cedera sedang makan di dalam khemah apabila kejadian berlaku. Polis berkata, 17 mangsa yang cedera dibawa ke hospital dengan kecederaan yang mengancam nyawa. - AFP


Seorang maut, 10 cedera puting beliung landa Poland

WARSAW: Satu puting beliung aneh melanda utara dan barat Poland semalam menyebabkan sekurang-kurangnya seorang maut manakala 10 yang lain cedera.

Pihak berkuasa tempatan berkata, kawasan hutan sekitar Bory Tucholskie yang menjadi taman negara dan destinasi pelancongan popular dilanda puting beliung bersaiz 800 hingga 1,000 meter. Puting beliung itu juga menyebabkan lebih 400 hektar hutan dan 100 rumah kediaman musnah.
Berikutan kejadian itu, bekalan elektrik terputus dan jalan raya ditutup bagi memberi laluan kepada anggota bomba mengangkat pokok yang tumbang.

Sementara itu, laluan kereta api terpaksa membuat lencongan selepas berlaku runtuhan pokok di atas trek laluan. - AP

Anggota bomba, Mieczyslaw Torlop berkata kepada stesen TVN bahawa seorang lelaki terbunuh di kawasan perkampungan Wycinki selepas kediamannya runtuh dan musnah. - AP

26 maut banjir, tanah runtuh landa selatan Jepun

TOKYO: Sekurang-kurangnya 26 orang dilaporkan terkorban manakala ribuan penduduk terputus hubungan akibat banjir dan tanah runtuh di selatan Jepun selepas hujan lebat melanda negara itu, semalam, kata pihak berkuasa tempatan.

Arahan berpindah dikeluarkan sehari lebih awal bagi suku juta penduduk namun ditarik semula di kebanyakan kawasan semalam selepas hujan kembali reda, sekali gus membolehkan orang ramai pulang ke kediaman masing-masing. Bagaimanapun, ribuan penduduk masih terputus hubungan apabila tanah runtuh dan pokok tumbang sehingga menyekat jalan raya di kawasan pergunungan berkenaan.
Lebih 3,000 penduduk dilaporkan masih terkandas di Yame, wilayah Fukuoka, barat daya Jepun, di mana laluan berkenaan memisahkan tujuh daerah, lapor agensi berita Kyodo. - AP


3 penuntut Malaysia selamat dalam kebakaran di Iowa

NEW YORK: Tiga pelajar Malaysia berjaya menyelamatkan diri dalam kebakaran di sebuah blok pangsapuri di South Meadow Apartments, di bandar raya Ames, Iowa, kira-kira 1,900 km dari sini, awal pagi semalam.

Mohamad Khairi Zulkarnian, Mohd Aminuddin Hamid dan Mohd Khairi Ismail yang kesemuanya berusia 21 tahun adalah pelajar tahun dua kejuruteraan di Iowa State University. Menurut Mohamad Khairi ketika dihubungi Bernama di sini, mereka kini tinggal sehelai sepinggang selepas hanya sempat menyelamatkan telefon bimbit dan dompet masing-masing dalam kejadian 6 pagi itu.
Ketika kejadian kami sedang tidur apabila dikejutkan dengan ketukan kuat di pintu rumah yang disertai arahan selamatkan diri menyebabkan kami bergegas bangun dan keluar dari unit kediaman itu, katanya.

Katanya sebelum kejadian mereka bertiga mengadakan sesi mentelaah bersama.

Katanya beliau tinggal di situ bersama Mohd Aminuddin dan Hazwan Izzudin yang pulang bercuti di tanah air, sementara Mohd Khairi pula tinggal di tempat lain namun datang menginap di rumahnya sejak beberapa hari lalu.

Terdapat 17 pelajar Malaysia tinggal di kompleks perumahan itu, tetapi kebanyakannya sedang bercuti di tanah air atau melancong di sekitar Amerika Syarikat, katanya.
Menurut Mohamad Khairi lagi kediaman mereka rosak paling teruk berbanding unit lain.

Sementara itu, portal berita Iowa State Daily.com melaporkan kira-kira 100 orang tinggal di pangsapuri 56 unit berkenaan, namun tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilapor dalam kejadian berkenaan.

Laporan itu juga menyebut kebakaran dipercayai bermula dari garaj yang terletak di bahagian bawah apartmen.

Laporan itu juga memetik pegawai perhubungan awam untuk bandar raya Ames Susan Gwiasda sebagai berkata kebakaran berjaya dikawal jam 9 pagi, namun bomba berada di lokasi kejadian sepanjang hari bagi memantau situasi. - BERNAMA







BEIJING - Kerajaan tempatan Liuzhou di wilayah Guangxi, China kini menawarkan wang sebanyak AS$160 (RM509) untuk setiap ekor ikan piranha yang ditangkap sama ada sudah mati atau masih hidup.
Tawaran itu dibuat berikutan dua orang mengalami kecederaan serius setelah diserang oleh ikan pemakan daging tersebut di Sungai Liujiang. Mereka diserang ikan daripada spesies piranha Amerika Selatan ketika mengayuh sampan di sungai terbabit, lapor akhbar China Daily. - Reuters


 PELABUHAN HARCOURT, Nigeria - Lebih 100 orang yang cuba mengambil minyak petrol daripada sebuah lori tangki yang terbalik, maut apabila kenderaan itu disambar api.
Wanita dan kanak-kanak merupakan antara mangsa yang rentung. Sementara berpuluh-puluh yang lain mengalami kecederaan serius. Sebelum itu, pasukan tentera memberi amaran bahawa kebakaran boleh berlaku bila-bila masa sahaja.

Lebih 85 orang mangsa kemudian dikebumikan dalam satu kubur.
"Lori tangki itu terbalik kerana cuba mengelak tiga buah kenderaan dari arah bertentangan," jelas Ketua Suruhanjaya Keselamatan Jalan Raya Persekutuan, Kayode Olagunju.
Tidak lama kemudian, beratus-ratus penduduk tempatan di Ahoada memenuhi lokasi kejadian untuk mencedok minyak yang tumpah. Kebanyakan mangsa yang mati ialah pemandu teksi motor, dikenali sebagai Okada.

Beberapa buah jengkaut dibawa untuk menggali kubur besar untuk mengebumikan mangsa yang mayat mereka rosak teruk dan sukar untuk dikenal pasti atau diangkat ke tempat lain. Menilai kepada tahap kecederaan mangsa yang dirawat di hospital, jumlah kematian mungkin akan terus meningkat.
Kebocoran minyak dan kemalangan lori tangki sering berlaku di negara Afrika yang kaya dengan hasil minyak itu. Pada Oktober 1998, lebih 1,000 orang maut di Jesse, negeri Delta apabila sebuah paip saluran minyak meletup ketika orang ramai sibuk hendak mencuri minyak - AFP


Syiria semakin bergolak.. Banyak pertumpahan darah


Syiria terus bergolak.. yang tak berdosa terus menjadi mangsa tanpa mengira umur, 
pangkat, darjat, harta, kuasa dan lain2... kanak2 juga turut menjadi mangsa.. ada yang mati dalam keadaan senyum walaupun di bunuh kejam















 

No comments:

Post a Comment