Sunday 18 November 2012

Kenapa Yahudi Kaya dan Berkuasa




Hanya ada 14 juta Yahudi di muka bumi ini; tujuh juta di Amerika, lima juta di Asia, dua juta di Eropah dan 100,000 di Afrika. Bagi setiap orang Yahudi ada 100 orang Muslim (1:100). Namun,jika dicampur semua sekali,Yahudi lebih 100 kali berkuasa daripada orang Islam. Mengapa ini berlaku?

Siapa mereka ini?
 

Isa (Jesus of Nazareth) ialah Yahudi. Albert Einstein, saintis zaman moden paling terkemuka dan disebut oleh majalah Time sebagai ‘Manusia Abad ini’ ialah seorang Yahudi; Sigmund Freud – melalui teori id, ego dan super-ego ialah bapa psikoanalisis, juga seorang Yahudi; begitu juga Karl Marx, Paul Samuelson dan Milton Friedman. Selain mereka banyak lagi orang Yahudi yang hasil kebijaksanaan mereka berupaya menghasilkan keperluan untuk kita semua: Benjamin Rubin memperkenalkan jarum suntikan pelalian.

Johas Salk mereka vaksin polio yang pertama. Gertrude Elion mencipta ubat melawan leukemia. Baruch Blumberg mencipta vaksin Hepatitis B. Paul Ehrlich menemukan rawatan untuk siflis. Elie Metchnikoff menang Hadiah Nobel untuk penyakit berjangkit. Bernard Katz menang Hadiah Nobel kerana kajian mengenai transmisi neuromuskular. Andrew Schally penerima Nobel dalam kajian endokrinologi (berkaitan sistem endokrin dan kencing manis). Aaron Beck menemui terapi kognitif (rawatan mental, kesugulan dan fobia).

Gregory Pincus membangunkan pil perancang keluarga yang pertama. George Wald menang Nobel bagi kajian mata manusia, Standley Cohen dianugerahi Hadiah Nobel dalam kajian embriologi (kajian janin dan perkembangannya). Willem Kolff mencipta mesin dialisis (mencuci) buah pinggang.

Sejak 105 tahun, 14 juta Yahudi menang 15 dozen Hadiah Nobel, sementara tiga dimenangi oleh 1.4 bilion umat Islam.

Stanley Mezor mencipta mikrocip pertama.
Leo Szilards membangunkan reaktor rangkaian nuklear pertama
Peter Schultz (kabel gentian optik)
Charles Adler (lampu isyarat)
Benno Strauss (besi tahan karat – stainless steel)
Isador Kisee (sistem suara di pawagam)
Emile Berliner (mikrofon untuk telefon)
Charles Ginsburg (alat pita rakaman)

Saudagar jenama terkaya dunia juga dikuasai Yahudi iaitu:

Ralph Lauren (Polo),
Levis Strauss (Levi’s Jeans),
Howard Schultz (Starbuck’s),
Sergey Brin (Google),
Michael Dell (Dell Computers),
Larry Ellison (Oracle),
Donna Karan (DKNY), I
rv Robbins (Baskin & Robbins)
Bill Rossenberg (Dunkin Donuts).

Richard Levin, presiden universiti tersohor Yale Universiti ialah seorang Yahudi. Henry Kissinger, Joseph Lieberman dan Madeleine Albright (bekas-bekas Setiausaha Negara AS); Alan Greenspan (bekas pengerusi Rizab Persekutuan AS di bawah Reagan, Bush, Clinton dan Bush); Maxim Litvinov (bekas Menteri Luar Soviet Union); David Marshal (bekas Ketua Menteri pertama Singapura); Isaac Isaacs (bekas Gabenor Jeneral Australia); Benjamin Disraeli (negarawan dan penulis Britian); Yevgeny Primkov (bekas Perdana Menteri Rusia dan bekas jeneral KGB); Jorge Sampaio (bekas Presiden Portugal); Herb Gray (bekas Timbalan Perdana Menteri Kanada); Pierre Mendes (Perdana Menteri ke-143 Perancis); Michael Howard (bekas Setiausaha Negara British); Bruno Kreisky (bekas Canselor Austria) dan Robert Rubin (bekas Setiausaha Perbendaharaan AS).

Dalam dunia media, orang Yahudi yang terkemuka ialah Wolf Blitzer (CNN); Barbara Walters (ABC News); Eugene Meyer (Washington Post); Henry Grunwald (Ketua Editor Time); Katherine Graham (penerbit The Washington Post); Joseph Lelyyeld (Editor Eksekutif, The New York Times) dan Max Frankel (The New York Times). Dermawan dan penyangak mata wang, George Soros ialah Yahudi. Dia menderma AS$4 bilion untuk membantu ahli sains dan universiti serata dunia.

Walter Annenberg menderma untuk membina ratusan perpustakaan berjumlah AS$2 bilion. Di Olimpik, Mark Spitz membolot tujuh pingat emas. Lenny Krayzelburg ialah pemegang tiga kali pingat emas Olimpik. Spitz Krayzelburg dan Boris Becker adalah Yahudi.

Tahukah anda bahawa pelakon pujaan Harrison Ford, George Burns, Tony Curtis, Charles Bronson, Sandra Bullock, Billy Cystal, Woody Allen, Paul Newman, Peter Sellers, Dustin Hoffman, Michael Douglas, Ben Kingsley, Kirk Douglas, Willian Shatner, Jerry Lewis dan Peter Falk semuanya Yahudi?

Tambahan lagi, Hollywood sendiri diwujudkan oleh orang Yahudi. Antara pengarah dan penerbit, Steven Spielberg, Mel Brooks, Oliver Stone, Aaron Spelling (Beverly Hills 90210), Neil Simon (The Odd Couple), Andrew Vaina (Rambo 1- 2-3), Michael Man (Starsky and Hutch), Milos Forman (One Flew Over The Cuckoo’s Nest), Douglas Fairbanks (The Thief Of Baghdad) and Ivan Reitman (Ghostbusters) – semuanya adalah Yahudi.

Washington yang merupakan ibu negara Amerika Syarikat, mempunyai satu pertubuhan lobi yang amat berkuasa. Ia dikenali sebagai Jawatankuasa Hal Ehwal Awam Amerika Israel (AIPAC) yang berupaya mempengaruhi Kongres meluluskan resolusi memuji dan ‘membuat apa saja’ demi Israel.

Tahukah lagi bahawa William James Sidis dengan IQ 250-300 ialah manusia tercerdik. Dia ialah Yahudi.

Jadi, mengapa mereka ini terlalu berkuasa?

Jawapannya: Pendidikan, pelajaran, ilmu.


Mengapa umat Islam terlalu lemah?

Dianggarkan 1,476,233,470 Muslim di atas muka bumi Allah ini. Satu bilion di Asia, 400 juta di Afrika, 44 juta di Eropah dan enam juta di Amerika. Setiap lima insan manusia ialah Muslim. Setiap seorang Hindu ada dua orang Islam, setiap seorang Buddha ada dua orang Islam dan setiap seorang Yahudi ada beratus orang Islam. Mengapa orang Islam terlalu lemah?



Ini jawapannya:

Terdapat 57 negara anggota OIC dan jika dicampur semua cuma ada kira-kira 500 buah universiti; atau sebuah universiti untuk setiap tiga juta orang Islam.

AS mempunyai 5,758 universiti dan India ada 8,407. Pada 2004, Shanghai Jiao Tong Universiti membuat kajian ‘Kedudukan Akademik Universiti-universiti Dunia’ – dan menakjubkan – tiada satu pun universiti-negara Islam yang berada di puncak 500.

Data yang dikumpul dari UNDP, tahap celik huruf di negara maju ialah hampir 90 peratus dan 15 negara itu mempunyai 100 peratus celik huruf. Negara majoriti penduduk Islam, purata kadar celik huruf ialah sekitar 40 peratus dan tiada negara yang mempunyai 100 peratus semuanya celik huruf.

Sekitar 98 peratus penduduk di negara maju menamatkan sekurang-kurang sekolah rendah, sementara hanya 50 peratus di negara majoriti Islam. Sekitar 40 peratus penduduk di negara maju memasuki universiti, sementara hanya 2 peratus di negara majoriti Islam.

Negara-negara majoriti Islam mempunyai 230 ahli sains bagi setiap (per) sejuta penduduk. Di AS 4,000 per sejuta, Jepun 5,000 per sejuta. Di seluruh negara Arab, penyelidik sepenuh masa ialah 35,000 dan hanya 50 juruteknik per sejuta (berbanding di negara maju 1,000 juruteknik per sejuta).

Negara Islam membelanjakan 0.2 peratus daripada KDNK untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) sebaliknya, di negara maju membelanjakan 5 peratus daripada KDNKnya.

Kesimpulan: Dunia Islam kurang keupayaan untuk menghasilkan ilmu pengetahuan.



Akhbar harian yang dibaca oleh setiap 1,000 orang dan jumlah judul buku yang dibaca oleh setiap sejuta orang adalah dua angka tunjuk bagi menentukan sama ada ilmu pengetahuan disalurkan ke dalam masyarakat. Di Pakistan, hanya ada 23 akhbar harian per 1,000 rakyat Pakistan sementara nisbah di Singapura ialah 360. Di UK, jumlah judul buku per juta orang ialah 2,000 sementara di Mesir ialah 20.

Kesimpulan: Dunia Islam gagal menyalurkan ilmu pengetahuan.

Yang menariknya, jumlah terkumpul KDNK tahunan 57 buah negara ahli OIC ialah di bawah AS$2 trilion. Amerika sahaja, menghasilkan barangan dan perkhidmatan bernilai AS$12 trilion, China AS$8 trilion, Jepun AS$3.8 trilion dan Jerman AS$2.4 trilion.

Pengeluar minyak yang kaya, Arab Saudi, UAE, Kuwait, Qatar secara rangkuman menghasilkan barangan dan perkhidmatan (rata-rata minyak) bernilai AS$500 bilion; Sepanyol sahaja menghasilkan barangan dan perkhidmatan bernilai lebih AS$1 trilion, Poland AS$489 bilion dan Thailand AS$545 bilion.

Jadi, mengapa orang Islam tidak berkuasa dan orang Yahudi paling berkuasa?

Jawapannya ialah: Kurangnya ilmu. Kurangnya pendidikan dan kurangnya pelajaran.


Wallahu alam..






Saturday 17 November 2012

Info Buat Duit Mudah








Ketahui Rahsia Cikgu Faqhri Membuat Duit RM1,000 Sehari. 100% Berkesan dan Boleh Diikuti Satu Persatu Sehingga Berjaya! Modal Serendah RM20 dan Keatas.. Lagi Besar Modal Yang Anda Beli Lagi Besar Komisen Yang Bakal Anda Terima! Dilengkapi Dengan Sistem Aplikasi Untuk Mempromosikan Link Anda Setiap Hari. Anda Tak Perlu Risau Biar Sistem Yang Promosikan Untuk Anda. 

BAYAR => DAFTAR => AKTIFKAN MODUL SAP 

=> TUNGGU DUIT MASYUUK


Yang Buta IT Pun Boleh Buat.. Sungguh Mudah & Senang!


Maklumat lanjut sila klik mana2 PAKEJ di bawah ikut kemampuan @ kehendak  anda..

MODAL RM20 

MODAL RM30

MODAL RM50

MODAL RM90



**** LAGI BESAR PAKEJ YANG ANDA AMBIL LAGI TINGGI KOMISEN DITERIMA***




LIHAT HASIL NYERRR.. BANDINGKAN PENDAPATAN BERMODAL RM20 DAN RM90 JAUH BEZA NYERR.. TEPUK DADA TANYA IMANNN..



















KLIK GAMBAR UNTUK BESARKAN....



SENARAI DOWNLINE2 KU..

Wednesday 7 November 2012

Resepi Masakan




RESEPI KEK






Bebola Milo

60 gm mentega
60 gm gula kastor
60 gm serbuk badam atau gajus
3 sudu besar serbuk milo
Sedikit esen vanila
2 sudu besar jem (sebarang perasa)
Serbuk kek (lebihan kek yang dihancurkan) secukupnya (sebarang perasa)
Coklat urai berwarna-warni

Cara menyediakan:
1. Putar mentega dan gula sehingga berkrim.
2. Campurkan esen vanila, serbuk kek, milo, serbuk badam dan jem.
3. Gaul rata hingga menjadi doh.
4. Bulat-bulatkan dan golek ke dalam coklat urai.
5. Masukkan bebola ke dalam mangkuk-mangkuk kertas.
6. Bolehlah dihidangkan.





Kek Yogurt Strawberi

175 gm mentega
175 gm gula kastor
3 biji telur
225 gm tepung naik sendiri
2 cawan yogurt strawberi
1 sudu kecil esen strawberi
Sedikit pewarna merah

Cara menyediakan:
1. Pukul mentega dengan gula hingga kembang.
2. Masukkan esen strawberi dan telur satu persatu dan pukul hingga sebati.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit, berselang-seli dengan yogurt strawberi.
4. Kemudian kaupkan perlahan-lahan dengan menggunakan senduk kayu hingga sebati.
5. Bahagikan adunan kepada dua bahagian.
6. Bahagian pertama dimasukkan pewarna merah dan dikacau hingga sebati.
7. Manakala bahagian kedua pula dibiarkan bewarna putih.
8. Tuangkan sesenduk adunan merah jambu di tengah-tengah loyang pembakar bulat yang sudah digriskan.
9. Tuangkan pula sesenduk adunan putih ke atas adunan merah jambu.
10. Ulang dengan adunan merah jambu berselang-seli dengan adunan putih hingga habis kesemua adunan.
11. Bakar selama 35 hingga 40 minit pada suhu 160 darjah Celsius.
12. Apabila masak, sejukkan kek sebelum dihias mengikut cita rasa anda.

Kek Lapis Puding Coklat

250 gm mentega
250 gm gula kastor
5 biji telur
370 gm tepung naik sendiri
2 sudu besar susu pekat manis
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu besar lemon emulco
Sedikit krim putar
Sedikit chocolate rice

Cara menyediakan:
1. Pukul mentega dengan gula higga kembang.
2. Masukkan telur, sebiji demi sebiji.
3. Masukkan tepung, susu, esen vanila dan lemon emulco.
4. Tuangkan ke dalam acuan yang siap disapu mentega dan bakar hingga masak.

Bahan-bahan untuk puding:
1 liter air
180 gm serbuk santan
250 gm tepung kastard
1 sudu besar koko
2 sudu besar coklat emulco
1 sudu besar serbuk agar-agar

Cara menyediakan:
1. Masak semua bahan di atas api hingga ia menjadi pekat.
2. Biarkan ia sejuk seketika.
3. Potong kek kepada tiga lapisan.
4. Lapiskan setiap lapisan kek dengan puding sehingga proses ini habis.
5. Sapukan krim putar yang telah dipukul atau krim mentega di keseluruhan kek.
6. Taburkan pula dengan chocolate rice.

Kek Pisang Kurma
200 gm mentega
1/2 cawan gula kastor
4 biji telur

2 biji pisang embun - dilecek
2 cawan tepung naik sendiri - diayak
2 sudu besar susu
Sedikit esen vanila
2 biji kurma - dipotong halus

Cara menyediakan:
1. Pukul gula dan mentega hingga kembang.
2. Masukkan telur, sebiji demi sebiji sambil dipukul hingga sebati.
3. Masukkan sebahagian tepung dan diikuti pisang lecek.
4. Gaul bahan-bahan ini perlahan-lahan.
5. Masukkan sebahagian lagi tepung dan kurma.
6. Gaul hingga kesemua bahan bercampur.
7. Akhir sekali, masukkan susu dan esen vanila.
8. Gaul kesemua bahan hingga rata.
9. Masukkan adunan ke dalam acuan panjang yang dialas kertas surih dan disapu mentega.
10. Bakar sehingga masak













RESEPI LAUK-PAUK














Daging Dendeng Hitam Manis
400 gm daging lembu
15 tangkai cili kering - dikisar halus
10 ulas bawang merah - dikisar halus

4 ulas bawang putih - dikisar halus
2 sm halia - dikisar halus
1 sudu teh serbuk jintan putih
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk ketumbar
2 sm lengkuas - ditumbuk
2 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar gula
2 sudu besar asam jawa - diambil airnya
Garam secukup rasa
Sedikit minyak

Cara menyediakan:

1. Potong daging dan basuh.
2. Rebus daging hingga empuk.
3. Kemudian, asingkan air rebusannya dan ketepikan
4. Potong daging kecil-kecil.
5. Menggunakan batu lesung, tumbuk daging sekeping demi sekeping.
6. Panaskan minyak di dalam kuali.
7. Tumis bahan-bahan kisar bersama serbuk jintan putih, serbuk jintan manis, serbuk ketumbar dan lengkuas.
8. Kacau sebati.
9. Masukkan daging serta sedikit air rebusan daging.
10. Masukkan kicap pekat. Biarkan sehingga kuah menjadi pekat.
11. Barulah dimasukkan air asam jawa, gula dan garam.
12. Kacau sebati.
13. Apabila kuah menjadi pekat semula. Bolehlah diangkat.





Ayam Percik Bersos Mangga
1.2 kg ayam - dipotong dua dan dibersihkan

Bahan-bahan A:

(kesemua bahan ini dikisar halus)
150 gm bawang merah
50 gm bawang putih
2 gm serbuk kunyit
50 gm cili kering
100 gm cili merah
5 gm serai
10 gm halia
5 gm jintan manis
5 gm jintan putih
5 gm ketumbar
Garam secukup rasa

Bahan-bahan B:
(untuk sos mangga)
500 ml jus mangga
1 biji mangga masak - diracik halus
5 tangkai cili padi - dihiris halus
5 ulas bawang merah - dihiris
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa

Cara menyediakan:
1. Perap ayam dengan bahan-bahan A lebih kurang satu jam.
2. Setelah diperap, bakar ayam tadi hingga masak.
3. Campurkan kesemua bahan B (sos mangga) ke dalam periuk.
4. Didihkan bahan-bahan tadi sehingga pekat.
5. Akhir sekali, setelah ayam masak, tuangkan sos mangga ke atas ayam bakar itu.
6. Siap untuk dihidangkan.







Ikan Sos Plum
1 ekor ikan kerapu - sederhana besar
1 keping nanas - dadu
1 labu bawang besar - hiris

3 ulas bawang putih - cincang
Sedikit hirisan halia
Tepung beras secukupnya
1 biji putih telur
Minyak untuk menggoreng dan menumis

Bahan Perap:

1 sudu kecil serbuk lada sulah
Garam secukup rasa

Bahan Perasa:

2 sudu besar sos plum
2 sudu besar sos tomato
1 gelas air
1 sudu besar sos cili

Cara Menyediakan:

1. Bersihkan ikan dan keluarkan tulang besarnya. Kelar isi ikan dan perap dengan bahan-bahan perap 15 minit.
2. Celupkan isi ikan ke dalam putih telur, golek dalam tepung beras dan goreng hingga kuning. Ketepikan.
3. Pijarkan dua sudu besar minyak dan tumiskan bawang besar, bawang putih dan halia hingga kuning. Campurkan bahan perasa dan kacau hingga mendidih, tuangkan ke atas ikan yang telah digoreng ikan.









Rendang Sotong Ketupat
1 kg sotong saiz besar atau sederhana - jangan dipotong
3 sudu besar rempah kari
3 cawan santan pekat

1 keping asam gelugur
Garam dan cula secukup rasa
Minyak untuk menumis

Bahan Kisar:

8 tangkai cili kering
6 tangkai cili padi
3 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah
2 batang serai
2 cm halia
Bahan Pulut:
200 gm pulut
1 1/2 cawan santan pekat
Sedikit garam

Cara Menyediakan:

1. Untuk pulut, rendam pulut semalaman, kemudian campurkan pulut bersama santan dan garam.
2. Kukus pulut sehingga masak. Angkat dan ketepikan.
3. Sementara itu, panaskan minyak, tumis bahan kisar sehingga wangi.
4. Masukkan rempah kari dan asam gelugur, biar hingga wangi.
5. Masukkan santan pekat, biar mendidih dan pecah minyak.
6. Perisakan dengan garam dan gula.
7. Setelah kuah pekat, masukkan sotong yang telah disumbat dengan pulut.
8. Biarkan sehingga sotong masak, barulah diangkat dan dihidangkan.








Udang Goreng Mentega

500 gm udang saiz sedang - dibersihkan dan dibelah belakang
2 sudu besar mentega
6 tangkai cili padi

2 biji kuning telur
1 tangkai daun kari
2 labu bawang besar - dimayang
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar tepung kastard
1 sudu besar serbuk santan
Garam, gula dan serbuk lada sulah secukup rasa
Minyak untuk menggoreng

Cara menyediakan:
1. Satukan tepung jagung, tepung kastard, garam dan sedikit serbuk lada sulah. Ketepikan sedikit lada sulah untuk digunakan kemudian.
2. Kacau hingga sebati. Masukkan udang lalu digaul hingga rata.
3. Panaskan minyak dan goreng udang hingga kekuningan.
4. Angkat dan tuskan.
5. Sementara itu, cairkan mentega dalam kuali.
6. Masukkan kuning telur sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga masak.
7. Masukkan bawang, daun kari, udang yang digoreng tadi, cili padi serta santan serbuk.
8. Kacau hingga rata dan masukkan garam, gula dan lebihan serbuk lada sulah.
9. Kacau lagi hingga rata.
10. Angkat dan hidangkan panas-panas.












RESEPI PUDING



Puding Roti Pelangi


* 4 keping roti
* 2 biji telur
* 1/2 cawan susu pekat
* 170ml susu cair
* 8gm serbuk agar2 (1 sudu besar)
* 1/2 cawan gula
* 2 sb butter/marjerin dicairkan
* 3 1/2 cawan air (guna cwn biasa 230ml)
* pewarna merah, hijau dan kuning (terpulang nak letak warna apa2)

Cara membuatnya:

  1. Didihkan 3 cwn air, serbuk agar2 dan gula kedalam periuk.
  2. Blend roti, telur, susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan kedalam periuk agar2 yg sudah didih tadi.
  3. Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih..matikan api.
  4. Bahagikan kepada 3 bhgn, satu bahagian warna kuning, satu bahagian warna hijau dan satu bahagian lagi warna merah.
  5. Kacau cepat2 dan sebati,pastikan setiap adunan sekata.
  6. Tuang kedalam loyang secara berselang seli...sesenduk demi sesenduk, sesenduk warna kuning, sesenduk warna hijau dan sesenduk warna merah, ulang sehingga habis..(ketika melapis hendaklah dgn cepat sbb puding nie, mudah sejuk dan membeku...
  7. Bila siap, bolehlah disimpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam dan enak dimakan ketika sejuk. 





Puding Tembikai

Bahan-Bahan:(loyang 8 inci, kalau guna 7 inc lagi cantik)
  • 1 paket agar2 serbuk tanpa warna/plain (dalam 15gm) (sy gn agar2 serbuk 10g)
  • 2 keping roti gardenia *
  • 6 cawan air (4cwn air)
  • 1 1/2 cawan gula (1/2 cwn gula)
  • 1/2 tin susu pekat (1/2 cwn susu pekat) *
  • 1 cawan susu cair (sy tambah) *
  • 2 sudu besar mentega
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • cincau dipotong kecil>> yg ni gantikan bijan hitam
  • sedikit pewarna hijau /merah 
Cara-Cara:
  1. Masak agar2 bersama gula dan air.Hingga agar2 dan gula hancur.
  2. Sementara itu, rendam roti dalam susu cair dan carik-carikkan.Masukkan susu cair,roti dan susu pekat manis.Blend halus
  3. Setelah agar2 dan gula hancur, masukkan bahan blend ke dalam periuk, juga masukkan esen vanilla dan mentega.Kacau hingga mendidih dan pekat sedikit.Tutup api.
  4. Ambil sedikit adunan dan warnakan hijau (sebagai kulit tembikai)sy gn 1cwn.Biar keras sedikit.
  5. Pastu sedikit lagi warna asal(sy gn 3/4cwn), curahkan di atas lapisan hijau tadi. Biar keras sedikit
  6. Adunan selebihnya diwarnakan merah, curahkan diatas lapisan putih/warna asal tadi. Taburkan potongan cincau tadi sebagai biji tembikai. Biar sejuk.Simpan ke dalam peti sejuk.







Puding Kentang


Bahan-bahan ( loyang 9 x 9 )

  • 1 peket agar2
  • 4-5 biji kentang sederhana besar
  • 2 biji telur
  • 1 tin susu cair
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1 sudu teh garam
  • 1 1/2 cawan gula...kalau mau manis tambah lg, klu xmau manis kurangkan gula
  • 5 cawan air

Cara-cara

  1. Kupas kentang, kemudian potong 4, pas2 rebus. Bila dah empuk, tutup api, tos dan ketepikan.
  2. Masak agar2 dgn 5 cwn air hingga hancur. Masukkan gula, kacau hingga hancur.
  3. Sementara itu, masukkan kentang, telur, santan pekat, susu cair, esen vanila n garam ke dalam blender. Blend hingga hancur.
  4. Masukkan kentang yg diblend tadi ke dalam agar2 tadi sambil dikacau di atas api yg kecil.
  5. Kacau la dalam 2 - 3 minit. pas tu tutup api, tuang puding ke dalam loyang n sejukkan. Kemudian masukkan ke dalam peti sejuk.
  6. Boleh taruk pewarna klu x nk yg plain je...saya slalu taruk mcm2 warna....caranya sy senggengkn (tinggikan sebelah) loyang. pas2 amik 2-3 senduk puding, tuang dlm loyang. pas2 amik lg 2-3 senduk puding taruk warna merah, tuang puding ke dasar loyang yg senget tu...teruskan dgn warna lain lak..wat sampai abis...pas2 ratakan loyang tu, pas2 lorek la supaya nmpk bercorak.
  7. Selamat mencuba...:)